Sajak
Sajak lima minit sebelum berbuka
siqram
19 Ogos 2011
Tiada komen
Sajak lima minit sebelum berbuka
Setahun berlalu tak terasa
pabila Ramadhan menjengah di pintu waktu
sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga
tak disedari Ramadhan kini di penghujung
menjabat hadirnya Syawal
lima minit sebelum azan maghrib
menghadap juadah berbuka
terasa lebih lama dari mengharung
setahun dan sebulan
belajar dari lima minit sebelum berbuka
tersembunyi hikmah dan mukjizat masa.
S. Iqram
18082011


Komen
Tiada komen lagi yang ditulis.
Tuliskan komen anda
Anda mesti log masuk untuk menulis komen.