Sajak
Setaman takwa
siqram
20 Ogos 2011
Tiada komen
Setaman takwa
Kemarau jiwa
kita mencari kembali ranum lembah
pada rekah tanah yang resah
menantikan angin membawa gerimis
jangan luruhkan asa dari seranting pasrah
kerana meski kering semusim
tangisan telah rebah di belantara taubat
demi air mata yang mengalirkan sesal
mungkinkah rahmat dari arasy
mengutus ampun dan cintakasih
ratibkanlah doa
agar laman insani kembali subur
rendangkan tulus sepohon diri
dirgahayu setaman takwa.
S.Iqram
20082011


Komen
Tiada komen lagi yang ditulis.
Tuliskan komen anda
Anda mesti log masuk untuk menulis komen.