Sajak
Malam 1000 Bulan
drirwan
28 Ogos 2011
Tiada komen

MALAM 1000 BULAN
Redup langit
dinaungi sayap malaikat
sayup suara
imannya berlagu memuji Allah.
Satu malam ini dia bersuara, hanya satu malam ini
30,000
malam amalan Allah rakamkan.
Itu kasih Allah yang melimpah-ruah
untuk dia yang insaf
menadah, hanya untuk dia.
Malam penuh makna
buat dia yang rindu syurga.
irwan abu bakar
kuala lumpur, 28 Ramadan
1432.

Komen
Tiada komen lagi yang ditulis.
Tuliskan komen anda
Anda mesti log masuk untuk menulis komen.