e-Sastera.com Blog

Masa Depan Tamadun Anda

1. PENGENALAN KEPADA GERAKAN E-SASTERA.COM

E-Sastera.com ialah gerakan sastera siber (atau sastera di internet) yang ditubuhkan pada Februari 2002 oleh Dr. Irwan Abu Bakar. Gerakan itu diwujudkan melalui pembangunan portal eSastera.com. Portal yang berkenaan dapat juga diakses dengan menggunakan nama domain E-Sastera.com. Namun pada hari ini, nama domain eSastera.com (tanpa tanda sempang) tidak dapat digunakan lagi. Aktiviti e-Sastera.com mulanya telah dijalankan melalui penyertaannya di laman web awam CommunityZero.com yang beroperasi dari negara Canada (tetapi kini telah ditutup). Gerakan e-Sastera.com melakukan aktivitinya di laman web yang tersebut dengan membina beberapa “komuniti” di situ. Komuniti pertama yang dibangunkannya ialah komuniti “Penyair”, diikuti oleh komuniti “Sajak Jenaka (Sajen)”. Kemudiannya dibangunkan pula komuniti-komuniti lain yang diasaskan kepada genre sastera, termasuk komuniti Cerpenis, komuniti Novelis, dan komuniti Haiku. Selepas itu, e-Sastera.com beroperasi di portalnya sendiri yang dinamai e-Sastera.com. Kewujudan gerakan e-Sastera.com itu diformulasikan di alam nyata pada tahun 2010, dengan mendaftarkan dirinya dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai badan NGO yang menggunakan nama Persatuan Aktivis E-sastera Malaysia (ringkasnya E-SASTERA).

Admin.
Kuala Lumpur, 19.03.2019.

Dikemaskinikan pada: 20.03.2019 @ 2:27 PM.

Admin: Dr. Irwan Abu Bakar.

Logo E-SASTERA.

TAMAT.

Untuk tujuan keselamatan simpanan, dokumen di blog ini diduplikasi ke Goodle Drive di bawah emel eSastera@gmail.com dengan nama E-SASTERA BLOG-2019 (URL = https://docs.google.com/document/d/1Hv4VnG0aBptyzycwQ_SRM1FPqTDJ9QdETEdRi6myp_Y/edit?usp=sharing).

Advertisements
%d bloggers like this: