UNDANG-UNDANG BAGI
Persatuan Aktivis E-sastera Malaysia (E-Sastera)
(E-Sastera Activist Society, Malaysia)

FASAL 1. NAMA

Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Aktivis E-Sastera Malaysia (E-Sastera Activist Society, Malaysia) atau singkatannya (E-Sastera) dan selepas ini disebut ‘Pertubuhan’.

FASAL 2. TEMPAT URUSAN

Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah 96, Jalan 7/71B, Pinggir Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasaoleh Jawatankuasa; dan alamat untuk surat-menyurat ialah 96, Jalan 7/71B, Pinggir Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur.

Tempat urusan berdaftar dan alamat surat-menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Perrtubuhan terlebih dahulu.

FASAL 3. BENDERA, LAMBANG, DAN LENCANA

Seperti di Lampiran A.

FASAL 4. TUJUAN DAN OBJEKTIF

Pertubuhan ini ditubuhkan untuk:

1. Menjadi wadah pergerakan penulis-penulis yang berkarya di alam siber;

2. Memajukan sastera Melayu melalui karya di internet;

3. Menyebarluaskan sastera Melayu ke peringkat antarabangsa, terutama sekali melalui medium internet;

4. Memberi pengiktirafan kepada penulis dan karya siber melalui anugerah dan sebagainya;

5. Untuk membangunkan karya dan penulis sastera Melayu yang berkualiti Hadiah Nobel.

6. Untuk menerbitkan produk bermutu dalam bentuk komvensional daripada karya-karya di internet.

7. Untuk menjana pendapatan bagi mempromosi karya dan penulis eSastera.com ke peringkat nasional da internasional.

8. Untuk menjadi wadah berkarya, bertemu, dan berinteraksi bagi penulis dari semua generasi, profesi, dan lokasi.

9. Untuk menjadi media penerbitan yagn berwibawa dan bertaraf dunia.

10. Untuk menjadi laman web yang popular di kalangan pengguna internet dan menarik mereka daripada melawat laman-laman yang tidak bermanfaat atau merosakkan.

11. Untuk menjadi ruang pendidikan abgi penulis baru.

12. Untuk menerbitkan di internet karya terjemahan bagi karya sastera berbahasa Melayu.

Pertubuhan ini berusaha untuk mencapai objektif-objektif di atas serta mahu menjadi agen utama dalam memperkasa dan mengantarabangsakan sastera Melayu di internet, selain membangunkan karya dan penulis bertaraf Hadiah Nobel.

FASAL 5. KEAHLIAN

(1) Ahli-ahli pertubuhan hendaklah berumur 18 tahun ke atas, warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia, lelaki atau perempuan, tidak mengira kaum, agama dan bangsa. Bilangan ahli tidak dihadkan.

(2) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

(3) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang dinyatakan di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulan pertama seperti yang ditetapkan, diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.

(4) Seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.

FASAL 6. BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

(1) Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:

Bayaran masuk RM10 (Ringgit Malaysia: Sepuluh sahaja).

Bayaran bulanan RM2 (Ringgit Malaysia: Dua sahaja).

(2) Yuran bulanan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 7 hari dari awal tiap-tiap bulan.

(3) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh Setiausaha atau wakilnya, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijeaskan.

(4) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuas hati yang ahli itu telah menerima kenyataa berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

(5) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

(6) Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan Mesyuarat Agung ahli-ahli, Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar yuan tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulanan.

FASAL 7. PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

(1) Ahli yang hendak berehenti daripada menjadi Ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.

(2) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang mencemarkan nama baik Pertubuhan, boleh dipecat atau digantungkan keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk membri penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

FASAL 8. MESYUARAT AGUNG

(1)

(2)

(3)

(4)

(5)

(6)

(7)

(8)

(9)

FASAL 9. JAWATANKUASA

(1) Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tehunan:-

Seorang Presiden
Seorang Naib Presiden
Seorang Setiausaha
Seorang Penolong Setiausaha
Seorang Bendahari
2 orang Ahli Jawatankuasa Biasa.

(2)

(3)

(4)

(5)

(6)

(7)

(8)

(9)

(10)

(11)

FASAL 10. KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

(1)

(2)

(3)

(4)

(5)

(6)

FASAL 11. KEWANGAN

(1)

(2)

(3)

(4)

(5)

(6)

FASAL 12. JURUAUDIT

(1)

(2)

FASAL 13. PENTADBIR HARTA

(1) Semua harta tetap Persatuan hendaklah

(2)

(3)

FASAL 14. TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

(1) Di antara berlangsungnya Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perlara-perkara yang tidak terkandung dalam undang-undang ini.

(2) Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam Mesyuarat Aung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.

FASAL 15. PENASIHAT/PENAUNG

Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuan secara bertulis.

FASAL 16. LARANGAN

(1) Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Jadual 1 dan 2, Akta Rumah Judi Terbuka, 1953 tidak boleh dimainkan di premis Pertubuhan.

FASAL 17. PINDAAN UNDANG-UNDANG

Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikah keputusan Mesyuarat Agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai dari tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

FASAL 18. PEMBUBARAN

(1) Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi yang menghadiri dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.

(2) Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung berkenaan.

(3) Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.

LAMPIRAN A

LAMBANG

PERSATUAN AKTIVIS E-SASTERA MALAYSAI (E-SASTERA)

  1. Lambang pertubuhan ini berbentuk perkataan yang membentuk nama Pertubuhan ini sendiri.
  2. Huruf “e” dan perkataan “sastera” mewakili nama pertubuhan ini, E-Sastera. Warna lambang ialah hitam, putih, dan kuning.
  3. Perkataaan “esastera” membentuk logo pertubuhan ini.
  4. Nama penuh pertubuhan digunakan agar lebih jelas kepada khalayak serta mudah dikenal pasti.
  5. Huruf “e” kecil diperbesar untuk melambangkan sifat pertubuhan ini yang berasaskan aktiviti-aktiviti di internet (alam siber).
  6. Warna hitam dan puth digunakan untuk mendukung warna dakwat (hitam) dan kertas (putih) sesuai dengan pertubuhan ini yang objektif penubuhannya adalah untuk memperluas karya sastera Melayu dalam bentuk penulisan, melalui internet,
  7. Warna kuning digunakan untuk mewakili unsur kreativiti dan dinamik yang dikuasai oleh media baru, internet. Internet merupakan penggerak masa depan sasatera Melalui melalui Pertubuhan ini.
  8. Tagline Pertubuhan adalah: “Masa Depan Sastera Anda”.

TAMAT.